Notis Perlindungan Data Peribadi

Kami di CL&O Architects Sdn Bhd menghormati kepentingan privasi dan sensitiviti data peribadi anda. Sebagaimana yang dikehendaki di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, Notis Perlindungan Data Peribadi ini (“Notis”) bertujuan untuk memaklumkan kepada anda  bagaimana kami mengumpul dan memproses data peribadi anda apabila anda melantik pihak kami untuk memberikan perkhidmatan. Bukan itu sahaja, Notis ini turut bertujuan untuk memaklumkan kepada anda bagaimana kami memproses data peribadi anda apabila anda mengakses dan menggunakan laman sesawang kami atau berhubung dengan kami melalui mesyuarat, seminar, ataupun persidangan.

Dengan melantik kami untuk memberikan perkhidmatan kami kepada anda dan juga dengan mengakses dan menggunakan laman sesawang atau berinteraksi dengan kami, anda dengan ini telah bersetuju dengan penggunaan, pengumpulan dan pemprosesan data peribadi anda oleh pihak kami mengikut cara yang dinyatakan dalam Notis ini.

Notis ini akan tertakluk kepada pindaan dan pengemaskinian dari masa ke semasa. Oleh itu, adalah disarankan supaya pihak anda menyemak Notis ini di laman sesawang kami dari masa ke semasa untuk memastikan sebarang pindaan atau pengemaskinian yang dilakukan adalah dalam pengetahuan anda. Dengan meneruskan perlantikan dan penggunaan khidmat kami selepas apa-apa pindaan atau pengemaskinian yang dilakukan terhadap Notis ini, ia secara langsung menandakan penerimaan anda terhadap pindaan atau pengemaskinian yang dilakukan terhadap Notis ini.

Apakah Data Peribadi Yang Kami Kumpul?

Data peribadi secara amnya bermaksud apa-apa maklumat yang berkaitan dengan pengenalan diri anda. Tanggungjawab kami terhadap anda memerlukan kami mengumpul dan memproses data peribadi anda. Pemprosesan dan pengumpulan data peribadi anda bermula dari awal perkhidmatan kami bersama anda termasuklah sebarang interaksi diantara pihak kami dan anda, selepas itu, dari semasa ke semasa sepanjang tempoh pengambilan atau penggunaan khidmat kami.

Jenis data peribadi yang dikumpul dan diproses oleh kami adalah:

  1. nama, tarikh lahir, kewarganegaraan, jantina, nombor kad pengenalan / pasport, status kependudukan, alamat surat-menyurat, butiran perhubungan termasuk nombor telefon bimbit, pejabat dan kediaman dan faksimili, alamat e-mel, butiran perbankan, maklumat kewangan / kepercayaan kredit;
  2. kategori pekerjaan (sektor awam, kerajaan, bekerja sendiri, tidak bekerja atau lain-lain), nama majikan dan alamat pejabat, butiran hubungan dengan syarikat (sebagai contoh promoter, pengarah, pemegang saham);
  3. maklumat-maklumat lain yang relevan dan perlu untuk:
  4. melantik kami untuk memberi khidmat seni bina / perancangan induk / rekabentuk dalaman; dan
  5. menepati keperluan undang-undang dan pengawalseliaan; dan
  6. apa-apa maklumat tambahan yang diberikan oleh anda atau pihak-pihak ketiga berkenaan dengan anda.

Sumber Data Peribadi

Sebagai tambahan kepada data peribadi yang anda berikan kepada kami secara langsung (iaitu semasa anda berkomunikasi dengan kami dan/atau apabila anda melantik kami untuk memberi perkhidmatan), kami juga mungkin mengutip data peribadi anda daripada pelbagai sumber, termasuk tetapi tidak terhad kepada agensi pelaporan kredit, agensi atau jabatan kerajaan, pendaftaran awam, laman sesawang, media sosial, penerbitan, seminar, dan persidangan dan/atau daripada cookies yang digunakan di laman sesawang. Jika anda tidak ingin data peribadi anda dikutip melalui cookies di laman sesawang, anda boleh menyahaktifkan cookies.

Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat Peribadi Anda

Data peribadi anda yang dikumpul dan diproses oleh kami adalah untuk tujuan berkaitan dengan perkhidmatan yang anda minta dan untuk aktiviti-aktiviti perniagaan kami yang termasuk, tanpa had:-

  1. pengesahan identiti anda;
  2. berkomunikasi dengan anda termasuk memberikan maklum balas terhadap pertanyaan dan komen anda;
  3. semua tujuan berkaitan dengan perlantikan kami untuk perundingan seni bina / perancangan induk / rekabentuk dalaman;
  4. untuk memberikan khidmat seni bina / perancangan induk / rekabentuk dalaman;
  5. untuk mematuhi keperluan undang-undang dan pengawalseliaan;
  6. bagi operasi harian kami dan tujuan pentadbiran termasuklah lukisan, pengurusan fail, bil dan kutipan, audit, laporan, penyiasatan, dsb.;
  7. bagi tujuan menguatkuasakan dan mempertahankan hak-hak perundangan kami dan/atau mendapatkan nasihat perundangan;
  8. untuk memberi maklumat kepada pihak berkuasa kawal selia dan kerajaan, majlis tempatan dan pengawal selia industri bagi mematuhi syarat-syarat di bawah undang-undang dan kerajaan;
  9. untuk mempromosi, menawar atau mengiklan perkhidmatan kami kepada anda;
  10. untuk dihantar sebagai sumber rujukan berpotensi kepada klien-klien / klien-klien berpotensi yang memohon rujukan kerja-kerja terdahulu berkaitan apa-apa cadangan, penghujahan, tawaran atau bidaan;
  11. untuk mematuhi obligasi kami di bawah undang-undang
  12. untuk keselamatan, audit dalaman dan luaran;
  13. bagi tujuan lain sebagaimana yang diarahkan atau yang telah diberikan persetujuan oleh anda; dan
  14. bagi segala tujuan lain berkaitan atau bersampingan dengan perkara-perkara di atas.

Penzahiran Maklumat Peribadi Anda

Kami boleh melantik syarikat-syarikat, penyedia-penyedia perkhidmatan atau individu-individu lain untuk melaksanakan fungsi bagi pihak kami, dan akibatnya boleh menyediakan akses atau mendedahkan data peribadi anda kepada pihak-pihak ketiga sebagaimana yang disenaraikan di bawah (tidak terhad):

  1. mana-mana orang yang diarahkan oleh atau yang telah dipersetujui oleh anda;
  2. mana-mana orang yang berkenaan bagi tujuan-tujuan perlantikan khidmat  seni bina / perancangan induk / rekabentuk dalaman; dan/atau transaksi undang-undang termasuk tetapi tidak terhad kepada pihak berkuasa kawal selia dan kerajaan, majlis tempatan, pengawal selia industry, perunding-perunding lain, institusi-institusi kewangan, badan-badan pengawalseliaan dsb;
  3. mana-mana orang bagi tujuan pematuhan undang-undang dan pengawalseliaan;
  4. pihak pemproses data iaitu pihak ketiga yang akan berkhidmat bagi memproses data peribadi bagi pihak kami termasuk tetapi tidak terhad kepada storan arkib, pemberi khidmat kemasukan data, perkhidmatan-perkhidmatan sokongan komputer, perkhidmatan-perkhidmatan pemulihan bencana, bank-bank dan institusi-institusi kewangan, dsb;
  5. penasihat-penasihat profesional kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada penasihat undang-undang, penasihat-penasihat cukai, penasihat-penasihat kewangan, juruaudit-juruaudit, broker-broker insurans dsb;. dan
  6. penyedia-penyedia perkhidmatan teknologi maklumat (IT);

Kami juga boleh memindah data peribadi anda keluar dari Malaysia bagi tujuan-tujuan dan kepada pihak ketiga yang dinyatakan dalam Notis ini. Data peribadi anda juga akan dipindah keluar dari Malaysia jika anda berada di luar Malaysia.

Kewajipan untuk Memberi Data Peribadi

Kami mengakui bahawa anda mempunyai hak untuk menentukan maklumat yang diberikan kepada kami. Maklumat yang disenaraikan di atas adalah secara sukarela. Jika anda tidak memberi maklumat di atas atau mengehadkan cara bagaimana maklumat tersebut diproses, kami tidak dapat:

  1. berkomunikasi atau berhubung dengan anda;
  2. bertindak di dalam perlantikan atau transaksi khidmat  seni bina / perancangan induk / rekabentuk dalaman dan/atau memberi perkhidmatan kami kepada anda; dan atau
  3. memberikan anda akses kepada laman sesawang kami.

Akses dan Pembetulan Data

Jika anda ingin:

  1. mengakses maklumat peribadi anda;
  2. memperbetulkan atau mengemaskini data peribadi anda; atau
  3. menarikbalik persetujuan anda atau mengehadkan penggunaan data peribadi anda,

sila hantar permintaan bertulis anda kepada:

Pengurus Pejabat

CL&O Architects Sdn Bhd
79-2 Block G Zenith Corporate Park
Jalan SS7/26
47301 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Telefon : 03-7887 8193
Faksimile : 03-7887 6193
E-mel : cloa@cloa.com.my

Caj pentadbiran akan dikenakan bagi permintaan di bawah perenggan (a) dan (b) di atas.

Kami berhak untuk menolak permintaan anda jika dibenarkan di bawah undang-undang.

Penafian

Ketepatan dan kelengkapan data peribadi anda bergantung kepada maklumat yang anda berikan. Kami menganggap bahawa maklumat yang anda berikan adalah tepat, terkini dan lengkap melainkan jika anda memaklumkan sebaliknya kepada kami.

Kami menganggap bahawa maklumat pihak ketiga yang anda berikan kepada kami termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat majikan, maklumat rakan-rakan sekerja atau maklumat keluarga adalah tepat, terkini dan lengkap dan anda telah mendapatkan persetujuan yang sewajarnya untuk menzahirkan maklumat tersebut.

Percanggahan

Jika terdapat percanggahan diantara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Kebangsaan pada Notis ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.